Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad ini



UMAT ​​Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Ahad ini (3 April 2022).

Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Ujar Syed Danial, tarikh permulaan puasa di seluruh negara ditetapkan pada hari tersebut menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat (1 April) malam.



Please subscribe

 

Join our Telegram Channel
Telegram