Penduduk Medan suka makan daging anjing, bunuh 150 ekor setiap hari (6 gambar)



MEDAN: Data yang dikumpulkan oleh Toba Animal Friends mendapati sebanyak 150 anjing dibunuh bagi mendapatkan dagingnya setiap hari.

Pengasasnya, Anita Panggabean berkata, jumlah individu yang memakan daging anjing di bandar ini adalah sangat tinggi, lapor Tribunnews. 

Sedangkan, katanya, anjing adalah haiwan peliharaan dan bukan haiwan santapan.


Melihatkan permasalahan tersebut, Anita berkata, sudah tiba masanya peraturan khusus dibuat bagi mengatasi masalah penjualan daging anjing.

“Menilai tindakan kerajaan Kota Medan mengeluarkan Pekeliling Bilangan 440/4676 pada 22 April lalu, larangan pengkomersilan daging anjing adalah amat wajar.

“Namun, peraturan itu perlu dilaksanakan. Ini kerana, peraturan sama sudah ada sejak 2018, tetapi hanya muncul tanpa sebarang tindakan sebenar,” katanya.


Anita berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha tersebut kerana sudah berusaha berjumpa dengan Datuk Bandar Medan dan Gabenor bagi membincangkan larangan pengambilan daging anjing.

Jelasnya, Perkhidmatan Keselamatan Makanan yang dikeluarkan oleh Bandaraya Medan melibatkan lima perkara, antaranya adalah larangan melakukan kegiatan jual beli daging anjing secara komersial.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Keselamatan Makanan Kota Medan, Emilia Lubis berkata, larangan pengkormesilan daging anjing adalah bagi melindungi orang ramai bagi mengelakkan penyakit zoonosis berjangkit kepada manusia. – Tribunnews











Join our Telegram Channel
Telegram