KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa dagu remaja
perempuan Sindrom Down, Bella dipegang dan dipaksa memakan nasi goreng
bercampur cili oleh Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd. Razali di sebuah
unit Kondomonium di Wangsa Maju sekitar Mei tahun lalu.
Saksi pendakwaan kelapan yang juga Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah
firma guaman, Suhana Zam, 40, berkata dia melihat sendiri Siti Bainun
meletakkan sejumlah cili yang sudah dipotong dengan nisbah cili yang banyak
ketika dia berada di meja makan rumah tersebut untuk makan tengah hari.
“Di antara Siti Bainun dan Bella ada bangku kayu, saya nampak Siti Bainun
letak satu pinggan nasi goreng dan sejumlah cili yang telah dipotong yang mana
pada saya nisbah cili itu banyak berbanding nasi.
“Dia (Siti Bainun) gaul-gaul nasi goreng itu, dia pegang dagu Bella dan
suapkan Bella dengan nasi goreng dengan cili. Bella elak tak nak makan tetapi
dia paksa Bella makan, saya terkejut kenapa buat Bella macam ini, saya tak
cakap apa-apa sebab pada waktu itu saya tak nak ada
‘confront’ (bersemuka) dengan Siti Bainun sebab saya bimbang kalau
confront nanti saya tidak pasti reaksi dia,” kata saksi itu.
Sebelum ini, dalam prosiding terdahulu saksi pendakwaan kelima yang juga bekas
penghuni rumah kebajikan tersebut, Yasmin Nahar Mahmood, 19, memberitahu
mahkamah bahawa Bella diberi makan 20 biji cili selama beberapa kali seminggu
oleh Siti Bainun.
Sementara itu, dalam prosiding sama, saksi itu turut memberitahu mahkamah
bahawa dia pernah melihat muka Bella mempunyai kesan lebam sebesar tapak
tangan di bahagian kanan muka ketika ke rumah Siti Bainun pada 13 Jun 2021.
“Saya ke rumah Bainun pada (13 Jun) sebab Bainun ajak makan
‘King Crab’ untuk ‘Shell Out’. Semasa sampai di rumah pukul 5
petang saya nampak rambut Bella dipotong pendek ‘tobek’, pakai baju lengan
panjang, muka Bella ketakutan ada kesan lebam sebesar tapak tangan di bahagian
muka sebelah kanan dan itulah keadaan Bella paling teruk,” kata saksi itu.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad mengapa saksi itu
tidak bertanya lebih lanjut tentang apa yang berlaku, (keadaan Bella) Suhana
menjawab, bimbang dengan reaksi Bainun akan terhadapnya dan Bella.
“Saya fikir kalau beritahu Bainun dan Bainun tidak suka dengan apa yang saya
cakap pada dia, saya bimbang dengan keselamatan Bella dan saya tidak tahu
mungkin Bella akan disorokkan kalau saya dah confront (bersemuka)
dengan Bainun.
Jelas Suhana lagi, unit kondominium yang didiami oleh Siti Bainun bukan mudah
untuk diakses kerana tuan rumah perlu memberikan kod bar
(bar code) untuk masuk ke lobi kondominium tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Saksi: Bella kata dia dicili, dijirus air panas dan diikat
- Bainun arah saya gigit perut Bella – saksi
- Dipaksa makan najis, disimbah air panas, diseterika, tular dokumen mahkamah, 10 fakta baru kes penderaan Bella tidak dapat liputan media arus perdana
- Bella didera Siti Bainun selama 4 bulan sebelum kantoi – saksi
- Bella diberi makan ayam goreng busuk, nasi cuka, cili ketika Ramadan, kata saksi
- Tertarik langsir hingga tercabut, punca Siti Bainun mula ‘naik hantu’
- Sapa kata Bella xnk makan? – Nurse kongsi video Bella sehari selepas diselamatkan
- 4 peguam pemerhati dilantik TMJ hadir ikuti prosiding kes Bella
- Siti Bainun paksa Bella makan nasi goreng campur banyak cili – saksi
Join our Telegram Channel