“Terlalu ramai bersorak, punca fokus pemain lari sedikit” – Faizal Azumu ulas kekalahan Malaysia menentang Bahrain



Berikutan kekalahan Harimau Malaya dengan Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil membuat sedikit kenyataan ketika ditemui media di Ulu Kinta, hari ini.

Kata Faizal, dia tidak merasakan penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias sebagai punca jaring ‘team’ Malaysia bolos kepada Bahrain dengan keputusan 1-2 sehingga ke akhir perlawanan.


Ujarnya, Farizal sememangnya berjasa menjalankan tugas sebagai penjaga gol negara dan telah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada sukan dan pastinya dia tidak mahu gagal

Sementara itu, Faizal turut menegaskan bahawa faktor luaran seperti kehadiran 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan berlangsung turut menjadi punca kerana ia boleh menyebabkan pemain negara hilang fokus, memetik laporan Harian Metro.


Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekaligus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.



Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100 peratus faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus peman.


Selain itu, dia turut memberitahu mengenai venue perlawanan yang dikekalkan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan Malaysia menentang Bangladesh pada malam esok meskipun terpalit sedikit kontroversi mengenai keadaan padang yang tidak berkualiti setelah dilimpahi air akibat hujan lebat tempoh hari. – Beautifulnara


ARTIKEL BERKAITAN:







Join our Telegram Channel
Telegram