Ustaz Kazim mohon hentikan sebar lakaran lukisan ‘penyihir’



PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon agar trend menyebarkan lakaran lukisan ‘penyihir’ segera dihentikan.

Ustaz Kazim menerusi hantaran terbarunya di Facebook sebentar tadi memaklumkan beliau telah menerima banyak kiriman mesej daripada pengguna TikTok yang berkongsi lakaran lukisan seseorang yang dikatakan adalah milik individu yang melakukan sihir.


“Saya dapat banyak kiriman daripada TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan sihir.

“Saya berlepas diri daripada perkara-perkara sebegini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menegur kepada mana-mana individu yang terlibat agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi lakaran seperti itu kerana ia mungkin menyerupai wajah seseorang.

“Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.


“Saya berharap pemilik akaun berkenaan memadamkan gambar-gambar ini dan ianya tiada faedah sama sekali,” jelasnya.

Terdahulu, Ustaz Kazim mengakui dirinya kini sedang dalam proses mendapatkan rawatan terbaik bagi mengubati masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini. – Kosmo


ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram