Gagal bayar denda, lelaki maki Allah, Rasul dipenjara 6 bulan



SEPANG: Lelaki yang menghina Islam dalam sebuah video yang tular di laman sosial pada Sabtu lalu dikenakan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM50,000.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Mohd. Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, yang beralamat di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan menghina Islam, Nabi Muhammad SAW, Allah SWT dan bangsa Melayu melalui saluran YouTube miliknya.

“Tertuduh mengaku bersalah dan didenda RM50,000, jika gagal hukuman penjara enam bulan. Tertuduh gagal membayar denda tersebut dan dikenakan hukuman penjara enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu media melaporkan seorang penghantar makanan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi satu rakaman video di saluran YouTube miliknya pada Sabtu lepas.

Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Nor’muzil Mohd. Razalli, 39.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. – UTUSAN





Please subscribe


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram