Hafal Al-Quran sejak umur 14 tahun, Khaby Lame diangkat manusia paling popular di TikTok



PERSONALITI media sosial Khaby Lame tampil membuka cerita mengenai kisah hidupnya yang tidak diketahui ramai.

Bercakap kepada media Itali, Lame menjawab soalan yang paling banyak ditanya tentang agama dan berkata, “Ya saya Muslim, seorang Muslim yang mengamalkan ajaran Islam. Saya tak tahu nak cakap apa lagi.”

Lame, 22, yang dilahirkan di Senegal turut mendedahkan bahawa keluarganya berpindah ke Itali ketika dia berusia setahun.


Dedahnya, dia turut dihantar ke sekolah al-Quran berhampiran Dakar, Senegal ketika berusia 14 tahun.

Kini pada usia 22 tahun, dia mencapai populariti luar biasa dengan 143 juta pengikut di TikTok.

Pada bulan lalu, Khaby turut diumumkan sebagai individu yang memiliki pengikut paling ramai di aplikasi tersebut. – Mstar



Please subscribe

 

Join our Telegram Channel
Telegram