Jual kebun, keluar KWSP nak tunai haji, jemaah kesal ditipu



Tambahnya lagi, apa yang lebih mengecewakan apabila pihak agensi memberi harapan dan janji-janji manis bahawa kesemua jemaah akan dapat pergi menunaikan Haji, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Tapi dipermainkan begini itu yang terkilan sangat, kami diberi harapan, dia (agensi pelancongan) bagi janji ada ‘flight’, semalam buat taklimat kita sampai di sana (Tanah Suci).

“Dia bagi harapan begitu tinggi kemudian dah 4.30 petang dia kata ‘delay’, ‘delay’ pun kami bersabar..tunggu, tetapi akhirnya visa tiada ‘flight’ pun tiada akhirnya,” katanya jemaah itu lagi.


Susulan daripada itu, polis telah menerima 17 laporan daripada jemaah haji yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Ketua Polis KLIA Imran Abd Rahman berkata, semua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga 4.30 pagi tadi.

“Semalam kita sudah temubual (pemilik agensi) untuk dapatkan cerita. Ekoran daripada laporan ini, kita akan jalankan siasatan jika terdapat elemen tipu,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak laporan polis akan dibuat oleh jemaah terbabit dari semasa ke semasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas semalam setelah diminta agensi pelancongan terbabit untuk datang ke KLIA bagi menaiki penerbangan yang dijangka berlepas pada 4.30 petang.

Namun, mereka kemudiannya dimaklumkan penerbangan ditangguh ke 7 malam. Menurut seorang jemaah terbabit, semakan mendapati penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah pada kira-kira 6 petang.

Kumpulan bakal jemaah itu juga mendakwa tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji. – FMT










Join our Telegram Channel
Telegram