Lelaki gersang rakam paha wanita dicekup



JOHOR BAHRU – Kegiatan tidak bermoral seorang lelaki merakam video sulit bawah paha wanita di sebuah pusat beli-belah di sini terbongkar apabila dia ditahan pengawal keselamatan premis itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 10.48 malam semalam dan suspek berusia 22 tahun dibekas di bahagian kaunter bayaran.

“Pengadu wanita warga asing beritahu dia menjadi mangsa lelaki tidak dikenali yang merakam video secara sulit melibatkan bahagian bawah pahanya.


“Pengadu diberitahu perkara itu oleh seorang saksi sebelum membuat laporan polis. Suspek ditahan pengawal keselamatan dan diserahkan kepada polis” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek mendapati ramai wanita lain turut menjadi mangsa rakaman sulit lelaki berkenaan.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram