CABUL: Pegawai Exco dipanggil beri keterangan polis



Seremban: Pegawai Penyelidik kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Ahmad Shukri Kamarudin mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan gangguan seksual.

Dalam kenyataannya tadi, beliau berkata keterangan itu diberikan hari ini bagi melengkapkan siasatan pihak polis.

“Saya mengesahkan sudah dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan oleh pihak polis.

“Saya sudah memberi kerjasama yang penuh kepada polis supaya proses siasatan ini dapat dibuat secara telus.


“Saya juga menganggap dakwaan dilemparkan itu bersifat dendam dan bermotifkan politik,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian cabul yang dikatakan membabitkan seorang pegawai kepada ahli Exco kerajaan Negeri Sembilan di sebuah hotel di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu dikatakan melakukan perbuatan terbabit pada 30 Mac dan 26 April lalu.

“Polis menerima laporan daripada mangsa pada Ahad lalu dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk menggunakan khidmat forensik dan mengambil keterangan daripada saksi-saksi yang boleh membantu siasatan seterusnya mengesan suspek,” katanya yang memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, pihaknya bersama peguam sedang mempertimbangkan tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang bagi membersihkan namanya. – Hmetro




Hantara Ahmad Shukri pada tahun 2012.


Hantara Ahmad Shukri pada tahun 2012.




Join our Telegram Channel
Telegram