Skrin gergasi jatuh ketika konsert, 2 penari parah (13 gambar)



Sebuah skrin gergasi dilaporkan terhempas semasa konsert hingga menyebabkan kecederaan kepada dua orang penari ketika melakukan persembahan bersama kumpulan Mirror.  

Difahamkan, dua penari lelaki tersebut telah dihantar dari Hong Kong Coliseum di Hung Hom ke Hospital Queen Elizabeth pada malam Khamis, 28 Julai 2022, lapor SCMP.  


Menurut pihak hospital, salah seorang penari itu mengalami kecederaan pada bahagian leher dan berada pada tahap yang serius. 

Dia kini sedang dirawat di unit rawatan rapi. 

Manakala penari lain mengalami kecederaan di kepala dan berada dalam keadaan stabil. – CNA Asia





























Join our Telegram Channel
Telegram