1.28 juta penjawat awam naik gaji RM100 tahun depan



PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.


“Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100.

“Ini menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini tadi. – Kosmo


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram