7 set dokumen bukti penting pembelaan Najib didedah



PUTRAJAYA: Prosiding rayuan akhir membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula dengan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendengar permohonan untuk memasukkan bukti baharu antaranya membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Pihak pembelaan yang diketuai peguam, Hisyam Teh Poh Teh memohon panel terbabit menerima masuk tujuh set dokumen penting.


Dokumen-dokumen tersebut ialah:

1. Minit-Minit mesyuarat Maybank bertarikh 7 Mac 2012, Minit Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Maybank tahun Kewangan 2012, Surat pelaburan Maybank Investment kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), laporan berita Malaysia Today bertarikh 14 Mac 2022 dan Minit mesyuarat Ahli Mebaga Pengarah 1MDB bertarikh 6 September 2010.

2. Salinan emel bertarikh 5 dan 10 Februari 2015, surat daripada Kaunsel Maybank kepada Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 10 Februari 2015 beserta Memorandum Maybank bertarikh 10 Februari 2015, Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 5 April 2010 dan salinan penyata akaun AmISlamic Bank.

3. Afidavit sokongan yang telah dipinda bertarikh 15 Julai 2022.

4. Viva voce (keterangan) pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Rosli Hussein berkaitan siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

5. Viva voce Ketua bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin.


6. Viva voce, pegawai bahagian AMLA SPRM, Asrul Ridzuan Ahmad Rustami.

7. Viva voce penolong pegawai penyiasat SPRM, Noor Syazana Kamin.

Selain Hakim Tengku Maimun, panel turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram