SHAH ALAM: Kegiatan sindiket penipuan menggunakan nama dan gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah dikesan menerusi aplikasi WhatsApp.
Amirudin menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pihak tersebut menggunakan nombor 01162232985 untuk melakukan kegiatan terbabit.
Menurutnya, akaun tersebut adalah palsu dan berbentuk penipuan.
"Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 01162232985.
Join our Telegram Channel