Arwah Khalid tetap sain MOU Air Selangor walaupun ditentang Pakatan demi penduduk Lembah Klang yang akhirnya dipecat sebagai MB



Arwah Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diberi kredit sepenuhnya apabila Lembah Klang tidak lagi mengalami catuan air bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.
 
Pada bulan Februari 2014, arwah dengan beraninya telah menandatangi MOU penstrukturan semula air Selangor dengan kerajaan pusat dan meluluskan loji penapisan air Langat 2 biarpun rakan-rakannya dalam Pakatan membantah kerana berdegil dan melawan atas sebab politik bahawa projek-projek Langat 2 dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) tidak diperlukan.

MOU air ini yang dijadikan alasan permulaan oleh Pakatan bagi langkah mereka singkirkan arwah sebagai Menteri Besar Selangor dan untuk pecat arwah dari parti beberapa bulan kemudian.


Namun, MOU air dan projek-projek tersebut tetap diteruskan dan dinanti-nantikan oleh kerajaan Selangor selepas arwah dipecat sebagai MB Selangor - bukti bahawa keputusan arwah untuk mengetepikan politik sempit demi kelangsungan hidup penduduk Lembah Klang adalah sangat tepat.

Jasa arwah akan terus dikenang oleh saya dan seluruh penduduk Lembah Klang.

Langkah berani arwah tidak saya lupa.

Secara peribadi, saya amat sedih dengan pemergian Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya mohon semua untuk sedekahkan doa buat Allahyarham.

– Najib Razak



Join our Telegram Channel
Telegram