Hadi sindir Muhyiddin tak tunai manifesto semasa dalam PH



Tadi Haji Hadi beri ucapan pelancaran PN di Terengganu. Antara intipati ucapannya adalah seperti berikut:

1. PH janji bohong, tidak tunai manifesto. PN tiada manifesto, hanya ada agenda.

2. PN telah berjaya atasi masalah ekonomi, dan rakyat kena tahu bahawa PN telah menunjukkan bukti yang mereka (PN) telah berjaya memimpin negara.

3. PN ajak parti-parti lain untuk selamatkan negara, bukan hanya untuk rebut kuasa, tetapi untuk selamatkan negara.

………..

Ulasan ringkas saya: 

1. Yang tulis manifesto bohong PH itu adalah parti utama PN lah, iaitu PPBM.

Pengerusi PN sekarang iaitu Muhyiddin itulah adalah antara orang yang bertanggungjawab terhadap manifesto PH semasa PRU-14.

Orang yang bohong manifesto itu ada sekali atas pentas dengan tuan guru.

2. PN berjaya atasi masalah ekonomi?

Ini bohong. Masa 17 bulan PN memerintah, kerajaan telah gagal.

PN buat lockdown terpanjang di dunia, hutang negara bertambah, pelabur lari ke negara lain, 800 ribu orang tiada kerja, rakyat angkat bendera putih akibat masalah ekonomi dan kesengsaraan hidup, ramai orang bunuh diri, dan Muhyiddin terpaksa letak jawatan.

Kalau dia dan PN berjaya atasi masalah ekonomi, rakyat tidak panggil PN kerajaan gagal dan suruh dia letak jawatan.


3. PN tidak rebut kuasa?

Yang ramai lompat parti untuk jawatan dan berebut kuasa dan yang baru-baru ini tuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri itu PN lah.

Terimalah hakikat, PN penuh dengan pelompat parti dan orang yang gila kuasa.

Tetapi apabila diberi kuasa dan amanah, mereka buat kerosakan dan ranapkan ekonomi negara.

Sekian.

Isham Jalil

 

Join our Telegram Channel
Telegram