Malaysia patut bangga, Oktoberfest berjalan penuh etika, ikut peraturan – Melayu DAP



Malaysia sepatutnya berbangga kerana sejak bertahun-tahun Oktoberfest dianjurkan di negara ini, ia dilaksanakan dengan penuh etika dan mengikut peraturan, kata Sheikh Umar Bagharib Ali.

“Sebagai sebuah negara dengan julukan 'Islam', Malaysia telah mempamerkan toleransi serta interaksi dalam kepelbagaiannya. 

“Dari sini, lahirlah sikap saling menghormati,” kata ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP itu.

Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang mendesak Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kenyataan menteri agama Idris Ahmad yang menolak Oktoberfest.


Katanya, pendirian itu mencabuli prinsip dan dasar dalam perlembagaan negara selain bukan amalan kerajaan sejak 65 tahun lalu.

Sejak berada di luar kerajaan, PAS antara pihak yang lantang menentang penganjuran Oktoberfest walaupun secara bersyarat.

Dalam kenyataan malam tadi, dia berkata Islam di Malaysia–negara berbilang agama dan budaya–tidak wajar disemai menerusi ancaman serta paksaan tidak berasas ke atas rakyatnya. 

Dia yang juga naib pengerusi DAP Johor berkata pendekatan sebegitu hanya akan membuahkan kebencian serta prejudis antara satu sama lain.

“Pendekatan Malaysia sepatutnya menjadi suri tauladan kepada negara-negara lain di dunia khususnya dalam konteks negara moden hari ini,” katanya.


Dia bagaimana berkata Islam mengajar penganutnya untuk menjauhi arak dan perkara memabukkan. 

Bagaimanapun, katanya, pada masa yang sama, agama lain juga ada ajaran serta garis panduannya tersendiri sama ada membenarkan atau melarang.

“Di Malaysia, Islam merupakan agama rasmi persekutuan tanpa merendah-rendahkan agama dan kepercayaan yang lain. 

“Agama lain boleh diamalkan dengan selamat dan sejahtera sesuai dengan kemajmukan kita. Inilah semangat perlembagaan,” katanya. – Mkini

 

Join our Telegram Channel
Telegram