Pegawai Imigresen keluar kata-kata kesat tukar ke bahagian lain



Putrajaya: Pegawai Jabatan Imigresen (JIM) yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam seperti video tular baru-baru ini sudah ditukarkan ke bahagian lain.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, selain itu, kertas siasatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam juga akan dibuka oleh Bahagian Intergriti.

"Jabatan ini memandang serius kejadian berkenaan. Walaupun daripada siasatan awal mendapati terdapat unsur provokasi daripada orang awam berkenaan, namun begitu, tindakan yang diambil oleh pegawai JIM yang terbabit dalam insiden berkenaan adalah bertentangan dengan slogan jabatan iaitu 'Integriti, Professional, Mesra.'


"Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang Pegawai Imigresen yang juga penjawat awam.

"Pegawai Imigresen seharusnya bijak mengawal diri dan mengambil sikap professional apabila berdepan dengan provokasi lisan oleh orang awam kerana merekadiberi latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seksyen 14.

Berikutan itu berlakunya pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan pegawai Imigresen di kaunter terbabit. – Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe

 

Join our Telegram Channel
Telegram