KECOH: Pengkid selamba umrah pakai ihram, rakam momen depan kaabah



NEGARA kita pernah digemparkan dengan kontroversi usahawan kosmetik Muhammad Sajat Kamaruzzaman yang berpakaian seperti seorang muslimah menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terkini tular pula kisah seorang perempuan memakai ihram, pakaian bagi menunaikan ibadah umrah dan haji bagi seorang lelaki, selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Azmah (bukan nama sebenar).

Mengakui dirinya sebagai bekas 'teman wanita', Azmah membuat hantaran tersebut mendedahkan mengenai tindak tanduk seorang pengkid (wanita berlagak lelaki) itu ketika menunaikan umrah melalui bebenang dan perkongsian video.


“Berita tergempar, pengkid pergi umrah pakai ihram.

“M*mp*s kaulah sana semoga kena panah petir tak pun lumpuh sebelum balik. Main-main dengan hukum Allah,” tulisnya.

Jelas pengguna Twitter itu, dia sudah letih melihat segala kemungkaran dilakukan oleh 'bekas kekasihnya' selama ini.

Malah, dia juga mendakwa pengkid tersebut pernah mengajak dirinya untuk berkahwin semasa hangat bercinta dahulu selain berkongsi tangkap layar perbualan antara mereka berdua.

“Kalau ada yang nak saya spill semua, saya akan buat sebab kes macam ni tak viral tak kena tangkap dan tak insaf.

“Saya penat tengok awak menipu sampai langgar hukum Allah. Awak nak cakap saya fitnah? Saya ada screen shot (tangkap layar) conversation awak ajak saya kahwin, email awak, video awak dengan perempuan-perempuan lain,” katanya.


Wanita itu kemudian memuat naik satu video menunjukkan individu berpakaian ihram sedang merakam dirinya berlatar belakangkan Kaabah, yang didakwa sebagai pengkid.

Dalam masa sama, dia juga menyatakan kebimbangan tindakan pengkid berkenaan yang dikelilingi jemaah lain akan membatalkan wuduk lelaki lain akibat bersentuhan.

“Berani eh. Sesak nafas rasa. Saya harap awak bertaubatlah N*r S******i.

“Berapa ramai lelaki batal wuduk,” katanya.

Bercerita lanjut, mengenai perkenalan mereka, Azmah mengakui bahawa dirinya juga pada mulanya ragu-ragu dengan status jantina 'bekas kekasih'.

Namun, dia tidak menyangka apabila ramai pengguna media sosial mengaku kenal dengan pengkid tersebut, sekali gus mengesahkan bahawa jemaah dalam video yang dikongsi adalah wanita sejati.

Tambahnya, pengkid itu pernah memberi nombor kad pengenalan identiti palsu kepadanya.


“Pada mulanya saya 50 - 50 bila ramai beritahu ‘boyfriend kau tu perempuan’.

“Sebenarnya ada banyak lagi saksi tampil dari TikTok dan sebagainya. Memang dia bukan lelaki dan data dia terang-terang perempuan.

“Dia tipu bagi nombor kad pengenalan lain. Tapi identity card rupanya nombor genap dan ya gambar dia. Maaf tak boleh letak gambar data dia di sini,” tegasnya.

Perkongsian ini ternyata mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan pengkid tersebut yang terang-terangan melanggar perintah Allah.


“Kalau rakyat Malaysia ada masalah nak pergi buat umrah atau haji lepas ni, kamu salahkan malaun macam ni. Punca betullah!

“MashaAllah. When agama is nothing to some of you all. Tak takut ke? Beraninya main-mainkan agama.

“B*d*h ke? Lepas ni kalau jemaah Malaysia susah masuk lepas ni memang nak kenalah dia ni. Eh marahnya aku,” balas netizen pada ciapan asal.

Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan dalam laman sesawang rasmi bahawa pengkid, iaitu wanita Islam yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. – Mstar



Please subscribe



Please subscribe



Please subscribe









Join our Telegram Channel
Telegram