Satu video dari negara jiran telah mencuri tumpuan warganet baru-baru ini
berikutan dengan pengakuan daripada seorang lelaki selepas ditangkap akibat
mencuri.
Menurut Tribun-Medan.com, pencuri tersebut telah ditangkap kerana mencuri
kambing, ketika disoal, dia tidak mengaku perbuatannya itu dan alasan yang
diberikan agak mencuit hati netizen.
Difahamkan, lelaki tersebut menyatakan bahawa pada awalnya dia hanya ingin
ambil tali sepanjang 3 meter sahaja, tapi tak perasan rupanya dihujung tali
itu ada kambing yang diikat dengan tali tersebut.
“Saya cuma mau curi tali pak, tapi talinya ada kambingnya. Masa saya tarik
itu, ikut kambingnya pak”
“Itu namanya curi kambing!”, respon polis sebelum pencuri ini tetap bertegas
bahawa dia tidak mencuri kambing tersebut.
Lelaki itu bagaimanapun telah ditahan polis dan kata-kata yang diberikan oleh
lelaki ini dikatakan ketika sedang berada di dalam kenderaan polis.
Menerusi Suara.com, ramai netizen terhibur apabila menonton video ini,
“Sedang lucunya usia segitu.”
“Yang salah kambingnya, ngapain ngikut.”
“Niatnya pengen ngambil tali, malah dapat kambing. Penjelasan yang masuk
akal.”
Join our Telegram Channel