PETALING JAYA – Tular sebuah video di Twitter baru-baru ini mengenai seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara mengakui dirinya sukar untuk menyihir orang Islam yang menjaga solat.
Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi golongan Muslim ini berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.
“Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam. Mereka diwajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam kubah pelindung.
“Sangat susah untuk sihir menembusi mereka. Orang Islam sentiasa berdoa kepada pencipta mereka. Orang Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pencipta mereka. Pencipta itu juga sangat protektif,” katanya.
Tambah ahli sihir wanita itu, dia pernah mencuba untuk menyihir orang Islam namun kaedah yang digunakan seolah-olah tidak berkesan, malah ada kuasa ‘misteri’ akan muncul sebagai penghalang.
Join our Telegram Channel