Alang-alang PKR buatlah panggilan kepada 7.8 juta pengundi – Najib



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis mencadangkan kepada PKR agar membuat panggilan kepada 7.8 juta pengundi baharu memandangkan parti itu didakwa mempunyai nombor telefon kesemua mereka.

Beliau mengulas tentang pengumuman Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam bahawa partinya menyasarkan dapatan maklumat mencecah sejuta pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Semua diminta beri kerjasama kepada inisiatif PKR. Jangan lupa, kalau marah, marahlah Barisan Nasional (BN),” sindirnya melalui hantaran oleh pentadbir Facebook miliknya hari ini.

https://www.cinca.news/2022/09/alang-alang-pkr-buatlah-panggilan.html

Rafizi selepas melancarkan pentauliahan pengurus kempen PKR menggunakan aplikasi CISTA semalam memberi amaran mana-mana ketua cabang yang tidak mengerahkan jentera melaksana kempen dan aktiviti PRU-15 menggunakan platform kempen baharu yang disediakan itu bakal menerima ‘surat peringatan’ daripada parti.

Beliau berkata, selain daripada surat peringatan itu, mereka yang mendakwa mempunyai ramai penyokong tetapi tidak melaksanakan tugasan kempen parti juga berkemungkinan akan ditolak daripada menjadi calon.

Sebelum PRU-14, Invoke yang ditubuhkan Rafizi membuat panggilan kepada para pengundi secara rawak di seluruh negara bagi mendapatkan pandangan mereka tentang situasi politik semasa.

Ketika itu, pelbagai pihak menimbulkan persoalan tentang sumber yang digunakan Invoke bagi mendapatkan nombor telefon pengundi kerana ramai yang bimbang tentang keselamatan data peribadi mereka. – MG





Join our Telegram Channel
Telegram