Apple lancar iPhone terbaharu tempahan bermula Jumaat



Setelah berbulan khabar mengenainya menjadi perbualan hangat, Apple secara rasmi hari ini mengumumkan pengenalan empat model terbaharu iPhone 14.

Selaku model andalan iPhone tahun ini, sudah pasti fokus utama pada acara ini tertumpu kepada pengumuman iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Selain dua model andalan tersebut, Apple turut memperkenalkan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

iPhone 14 Plus


Apple kini tidak lagi menawarkan iPhone mini bersaiz 5.4 inci, sebaliknya hadir dengan penawaran yang lebih baik. Bukanlah kali pertama Apple menggunakan nama "Plus" pada model iPhone, namun kali ini ianya sedikit berbeza di mana fokus penggunaan nama tersebut adalah hanya saiz iPhone dan bukannya spesifikasi andalan.

Seperti namanya, iPhone 14 Plus hadir dengan penawaran skrin yang lebih besar dengan saiz 6.7 inci panel OLED Super Retina XDR. Berbeza dengan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, model iPhone 14 Plus dijana cip pemproses A15 Bionic yang diumumkan pada tahun lalu bersama sistem operasi iOS 16.


Berbanding model andalan, Apple masih mengekalkan takuk pada bahagian panel hadapan yang juga menempatkan Face ID dengan bezel yang lebih nipis.

Terdapat dua lensa diletakkan pada panel belakang dengan kombinasi kamera 12MP f/1.5 (utama) 1.9 ┬Ám+12MP f/1.9 (sudut lebar). Apple menyatakan terdapat peningkatan 49% bagi kualiti imej cahaya malap serta Night Mode dengan dua kali lebih pantas berbanding iPhone 13.

Antara lainnya adalah penggunaan teknologi Photonic Engine, Cinematic mode yang kini menyokong 4K/30 fps dan 4K/24fps serta Dolby Vision HDR.

Turut melengkapi iPhone 14 Plus adalah ciri keselamatan Crash Detection, di mana ia boleh mengesan kemalangan kereta yang teruk dan mendail perkhidmatan kecemasan secara automatik apabila pengguna tidak sedarkan diri atau tidak dapat mencapai iPhone mereka. Barisan iPhone 14 juga memperkenalkan Emergency SOS melalui satelit.

iPhone 14 Plus ditawarkan lima pilihan warna iaitu Midnight, Starlight, Blue, Purple dan (PRODUCT) RED.



iPhone 14


Apple meletakkan skrin paparan 6.1 inci dengan panel OLED Super Retina XDR pada iPhone 14. Sama seperti iPhone 14 Plus, iPhone 14 dijana cip pemproses A15 Bionic. Lain-lain ciri yang dibawakan iPhone 14 adalah sama seperti iPhone 14 Plus dengan perbezaannya adalah dari segi saiz sahaja.



Airpod Pro


Airpod Pro terbaru. Harga bermula RM1,099



Apple Watch Ultra


Apple Watch Ultra. Bateri boleh tahan 60 jam. Harga bermula RM3,799



Apple Watch Series 8


Apple Watch Series 8. Harga bermula RM1,899




Join our Telegram Channel
Telegram