BEIJING – Satu kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan pencakar langit
setinggi 42 tingkat yang terletak di wilayah Hunan, China, lapor stesen
penyiaran CNN semalam.
Pihak berkuasa bandar Changsha memaklumkan, api berjaya dipadamkan pukul
4.20 petang (waktu tempatan) semalam.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
Jabatan bomba Hunan berkata dalam satu kenyataan menerusi akaun Weibo rasminya
bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.48 petang (waktu
tempatan).
Api dan asap dirakam menjulang ke udara dari bangunan pejabat setinggi
218 meter itu yang merupakan Bangunan Telekom China.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Changsha menghantar 36 jentera bomba dan 280
anggota bomba ke tempat kejadian.
Berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa mendapati dinding luar bangunan itu
terlebih dahulu terbakar sebelum api merebak ke seluruh bangunan.
Please subscribe
Join our Telegram Channel