Bekas presiden MIC Samy Vellu meninggal dunia



PETALING JAYA: Bekas presiden MIC paling lama berkhidmat, S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Menurut pentadbir akaun Facebook Dr S Subramaniam, berita itu dimaklumkan anaknya, S Vell Paari.

“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya, Vell Paari,” menurut catatan di Facebook Subramaniam.


“Bagi kebanyakan daripada kami, beliau ialah mentor terakhir.”

Ads by Kiosked
Samy Vellu memimpin MIC selama 31 tahun, dari 1979 hingga 2010.


Beliau juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

Beliau dilantik sebagai menteri kerja raya dari 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram