Muda berhasrat sertai PH – Syed Saddiq



Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini menyuarakan secara rasmi hasrat mereka untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sebelum ini perbincangan secara tidak rasmi mengenai cadangan berkenaan sudah dilakukan bersama pimpinan tertinggi PH.

“Bukan sekadar kekal collaboration (kerjasama) bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok yang stabil dengan prinsip perjuangan yang sama,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Terdahulu kepemimpinan Muda mengadakan perbincangan di situ.

Ahli parlimen Muar itu berkata, isu pembahagian kerusi di antara mereka dan PH belum dibincangkan.

Terdahulu, Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz, berkata parti itu menjangkakan akan bertanding tidak kurang 15 daripada kerusi parlimen.

Syed Saddiq berkata perbincangan rasmi akan diadakan bersama PH secepat mungkin.


“Seperti saya kongsikan sejak sebaik sahaja tamat pilihan raya negeri Johor, telah ada beberapa siri rundingan tidak rasmi bersama dengan pimpinan tertinggi PH.

“Perbincangan awal penyertaan… ia bukan sekadar electoral pact atau pembahagian kerusi, (sebaliknya) penyertaan PH.

“Tetapi saya tidak boleh berikan komen lanjut sampai telah adanya rundingan rasmi. Di situlah kita akan buat keputusan bersama,” katanya.

Untuk rekod, semalam Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata PH masih belum membincangkan perkara berkaitan kerjasama Muda. – Mkini





Join our Telegram Channel
Telegram