Rumah jagaan orang tua di Taiwan dikecam kerana mengadakan acara ‘istimewa’
pada Perayaan Kuih Bulan yang tular menjadi kontroversi.
Menurut laman web Taoyuan Veterans Home, VAC, Executive Yuan, rumah jagaan
tersebut adalah organisasi yang dikendalikan oleh kerajaan.
Beberapa orang penghuni, termasuk pesara pegawai tentera yang memenuhi
kreteria menghuni rumah jagaan itu di mana ianya dibayar oleh kerajaan.
Video viral menunjukkan seorang wanita yang hanya berpakaian dalam, mengenakan
kasut tumit tinggi namun memakai penutup muka memulakan persembahan dengan
duduk di atas lantai di hadapan penghuni lelaki yang berkerusi roda dan
mengangkangkan kakinya ke udara.
Sekurang-kurangnya 12 orang penghuni hadir semasa persembahan itu.
Dia kemudian berpegang pada sisi salah satu kerusi roda lelaki itu dan
mendekatkan buah dadanya ke wajah lelaki itu.
Selepas itu, dia memegang pergelangan tangan lelaki itu dan membimbingnya ke
arah payudaranya. Lelaki itu menuruti kehendak penari wanita itu dan tangannya
yang satu lagi dengan sendirinya turut memegang payudara penari itu.
Video itu berakhir dengan wanita itu melakukan lambaian badan sambil
membimbing tangan lelaki itu dari lehernya ke bawah untuk menyentuh
payudaranya, perut dan kelangkangnya.
Klip berdurasi 35 saat itu, yang disiarkan di Facebook pada 9 September, telah
mengumpulkan lebih 6,500 perkongsian dan 9,200 komen dalam masa kira-kira 27
jam.
Terdapat sekurang-kurangnya dua orang lain merakam adegan itu menggunakan
telefon mereka.
Selepas klip itu menjadi tular, rumah jagaan orang tua itu dikecam kerana
adegan kontroversi itu.
Selepas itu, mereka telah memohon maaf di saluran berita Taiwan Liberty Times
Net bahawa mereka "sangat kesal" apa yang berlaku.
Klip itu nampaknya dirakam pada 7 September dan merupakan acara yang diatur
khas untuk menghiburkan penghuni yang telah uzur.
Semasa persembahan selama 15 minit itu, penari itu menjadi "terlalu
bersemangat" kerana dia mahu penontonnya "merasakan semangat dan tenaganya"
dengan mendekati mereka.
Join our Telegram Channel