PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim kembali ke pangkuan
Umno selepas meninggalkan parti itu kira-kira 14 tahun.
Selepas meninggalkan Umno, peguam itu pernah menyertai dua parti pembangkang.
Zaid baru-baru ini mewakili Najib Razak dalam rayuan bekas perdana menteri itu
terhadap sabitan dan hukuman kes SRC International.
Beliau menyerahkan permohonan keahliannya semasa taklimat khas Umno yang
diadakan di ibu pejabat parti itu bulan lalu, menurut The Star.
“Niat saya hanya untuk membantu Umno. Saya sudah bersara dan tidak ada banyak
kerja.
“Saya kini tidak terlalu sibuk dan saya kembali kepada parti, saya boleh
membantu,” Zaid dipetik sebagai berkata.
Zaid berkata, beliau ingin membantu Umno melakukan pembaharuan ‘dari dalam’,
sambil menambah rakan-rakan sebelum ini berkata sukar untuk membawa perubahan
dari luar.
“Akhirnya, saya rasa lebih baik saya bersama Umno walaupun reformasi mungkin
mengambil masa lama,” katanya.
Zaid menyertai Umno pada 2000. Beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu
pada pilihan raya umum 2004, tetapi digugurkan sebagai calon pada PRU 2008.
Beliau digantung keahlian daripada Umno pada 2008 dan menyertai PKR pada 2009,
yang hanya bertahan setahun sebelum keluar parti itu.
Pada 2010, Zaid menubuhkan Kita tetapi meletak jawatan sebagai ketuanya dua
tahun kemudian.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel