KANTOI: Bukan Sultan Selangor tak nak, MB PKR yang tak minta bubar



Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari tidak membuat permintaan kepada Sultan Sharuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa menghadap baginda pada Selasa lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Munir Bani berkata terdapat kenyataan yang kurang tepat dalam laporan akhbar dan mesej di media sosial berhubung keputusan kerajaan negeri untuk tidak membubarkan DUN.

“Sebenarnya pada 11 Okt yang lalu, menteri besar Selangor tidak membuat permintaan kepada DYMM Sultan Selangor untuk membubarkan DUN pada tahun ini dan berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.


“Baginda Sultan Selangor mengambil maklum akan kedudukan ini dan mengharapkan agenda pembangunan negeri Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” kata Munir.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan agar pentadbiran negeri diteruskan, walaupun Dewan Rakyat dibubarkan pada Isnin lalu.

Dalam pertemuan itu, baginda dilaporkan berkenan agar kerajaan engeri dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor selain melakukan persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi banjir. – Mkini




Join our Telegram Channel
Telegram