Remaja baling pisau pada adik hingga mati direman 6 hari



JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya hingga maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini.

Tempoh reman sehingga 25 Okt terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Semalam, polis menahan remaja itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Rahmat Ariffin dilapor berkata, tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Berdasarkan keterangan daripada ibu mangsa, mereka bergaduh dan kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah keluarga.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram