Anwar dakwa miliki 112 kerusi tapi enggan dedah rakan kerjasama



PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan butiran parti atau mana-mana ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengannya untuk membentuk kerajaan Pusat.

Sebaliknya menurut Anwar, beliau sudah mempunyai angka 112 iaitu nombor majoriti mudah bagi melayakkan dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Namun Presiden PKR itu menjelaskan, proses berkenaan perlu dilakukan dengan cara betul seperti dimaklumkan Istana Negara.


“Sejak semalam, sudah cukup. Seperti yang saya kata semalam, ia sudah selesai.

“Bagaimanapun, saya mahu ia dilakukan dengan cara yang betul. Biar mereka (parti atau ahli Parlimen yang akan bekerjasama) mengeluarkan kenyataan sendiri.

“Apa pun, saya gembira kerana kita sudah menyelesaikannya. Saya fikir dengan sokongan yang diperoleh, saya yakin, insya-Allah, saya akan diberi peluang untuk menerajui negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar kediamannya di Kajang, dekat sini.


Terdahulu, timbul desas-desus bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri De. Ahmad Zahid Hamidi didakwa mengadakan pertemuan dengan Anwar malam ini.

Ia dipercayai pembentukan kerajaan selepas PRU15.

Anwar kemudian sekali lagi menegaskan gabungan itu mempunyai majoriti membentuk kerajaan Persekutuan dan yakin beliau diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri. – Utusan


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram