MIC Johor gesa Vigneswaran letak jawatan



Johor Bahru: Ketua Penerangan MIC Johor S Deva berpendapat Presiden partinya, Tan Sri SA Vigneswaran harus meletakkan jawatan bersama Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin Barisan Nasional (BN) gagal mendengar suara penyokong dalam memilih pemimpin yang dikehendaki akar umbi.

"Tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan akar umbi, mereka memutuskan untuk meletakkan calon dari negeri lain yang diminati kepimpinan parti," ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.


Deva berkata, beliau menggesa BN untuk mengorak langkah ke depan dengan membuat perubahan drastik pada pucuk pimpinan parti dan pengajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

"Saya yakin ramai yang sayang BN namun apa yang mereka mahu adalah perubahan termasuk barisan kepimpinan," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa agar Ahmad Zahid meletakkan jawatan serta-merta berikutan prestasi teruk BN dalam PRU-15. – Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram