Anwar tolak Mercedes S600 untuk kegunaan PM



PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang disediakan untuk kegunaannya.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook malam ini berkata, kenderaan itu telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri.

“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.

“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.
Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.

#DemiPertiwi

– Anwar Ibrahim


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram