Calon MCA di P Pinang berlutut rayu undi



Berikutan peluang menang dilihat samar, ada dalam kalangan calon MCA terpaksa merayu undi pada pilihan raya umum kali ini.

Calon MCA di kerusi Parlimen Bagan, Tan Chuan Hong dilihat sanggup berlutut di atas pentas bagi merayu sokongan pengundi sebelum memulakan ucapan dalam program parti itu malam ini.

“Selamat sejahtera semua. Hari ini saya terpaksa berlutut… bolehkah anda mengundi BN?” katanya.


Tan mencabar pengerusi DAP, Lim Guan Eng dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Parlimen Bagan.

Tan bukanlah calon MCA pertama yang merayu undi dalam kempennya pada pilihan raya umum ke-15.

“Saya mohon, undilah calon BN, saya tidak mahu kalah lagi!” katanya pada Selasa lalu. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram