DAP mohon maaf pada Abang Johari, rakyat Sarawak, harap buka lembaran baru



KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

1. Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg di kediaman beliau di Kuching.

Turut hadir bersama ialah YB Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.


2. Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

3. Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
24 NOVEMBER 2022


Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan GPS Sarawak.

Masa depan negara mendahului segala-galanya.

Kita sama-sama mengorak permulaan baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

LIM GUAN ENG


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram