GPS terima permohonan maaf DAP, kata Abang Jo



PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg berkata, gabungan itu menerima permohonan maaf daripada Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

“Kami menerima permohonan maaf itu dengan hati terbuka,” katanya dalam kenyataan.

Dalam satu sidang media, Abang Johari berkata, permohonan maaf itu membuktikan “kami memang betul selama ini”.

Katanya, GPS akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu kerajaan perpaduan ditubuhkan.


Beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim yang baru mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara.

Terdahulu, Loke dilaporkan berkata, beliau mengadakan “perbincangan mesra” dengan Abang Johari dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Sim Kui Hian.

Katanya, beliau memohon maaf kepada pemimpin GPS berhubung kenyataan pernah dibuat pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan Sarawak dan rakyatnya.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut memohon maaf kepada Abang Johari dan kerajaan GPS atas kenyataan lampau yang mungkin menyinggung perasaan mereka. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram