Empat suami akhirnya kantoi berkomplot kongsi isteri masing-masing



SINGAPURA – Empat lelaki yang memperkosa isteri rakan masing-masing demi memenuhi fantasi perkongsian isteri, telah dijatuhi hukuman penjara pada Rabu lalu, lapor saluran televisyen Channel News Asia. 

Semua mangsa dirogol selepas mereka khayal kerana diberi dadah.

Identiti tertuduh tidak didedahkan ekoran perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa. Mereka adalah sebahagian daripada tujuh lelaki yang terlibat dalam kes rogol bersiri dan kongsi isteri.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai K, 44, dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan 20 sebatan. Dia telah berkahwin, tidak mempunyai anak dan bekerja dalam sektor perniagaan ketika melakukan  serangan seksual  itu.


L, 53, dihukum penjara 13 tahun dan enam bulan. Dia merupakan seorang pengurus pembangunan perniagaan, dan pada masa itu telah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

M, 45, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan. Dia merupakan seorang pengarah syarikat dan mempunyai tiga anak dengan bekas isteri iaitu mangsa kejadian.

N, 37, dihukum penjara 18 tahun dan 20 sebatan. Dia adalah seorang penghantar makanan pada masa itu dan berstatus bujang.

Hakim, Cang Khang Chau berkata, jenayah mereka adalah ‘salah satu kes serangan seksual yang paling kejam pernah dihadapkan ke mahkamah ini’.


Dalam kes tersebut, tertuduh memberi dadah kepada isteri-isteri mereka dan bersubahat dengan orang lain untuk merogol mangsa. Akibatnya, mangsa mendapat kehamilan tidak diingini dan mengalami penyakit kelamin.

Menurut Chau, jenayah itu berlaku selama lebih satu dekad sejak 2010 dan memanggilnya sebagai ‘kempen berpanjangan yang melibatkan ramai mangsa’.

Rakan subahat utama dalam kes tersebut ialah J, 41, yang mempunyai empat anak bersama isterinya. Perbicaraan J belum selesai.

Isteri J telah diperkosa beberapa kali dalam tempoh tujuh tahun oleh lelaki berbeza semasa dia tidak sedarkan diri, ditutup matanya dan diberi dadah. Kes itu terbongkar apabila mangsa menemui imej dirinya berbogel dalam mesej perbuatan  telefon suaminya.

Keempat-empat tertuduh mengaku bersalah bulan lalu atas dua pertuduhan iaitu bersubahat merogol dengan pelbagai pertuduhan lain yang diambil kira. Mereka berjanji secara dalam talian pada 2010 di forum Sammyboy dan platform-platform  lain untuk berkongsi isteri.


J cuba meminta isterinya melakukan hubungan seks secara bertiga tetapi ditolak. Dia kemudian memberi mangsa dadah supaya lelaki lain dapat memperkosanya. 

K memperkosa isteri J, sebelum menawarkan isterinya sendiri untuk diperkosa. L memperkosa isteri J selepas mangsa khayal. L kemudian penyuruh P memperkosa isterinya tetapi gagal kerana mengalami lemah syahwat.

M merogol isteri J pada 2010. Dia kemudian menjemput bekas isterinya ke rumah atas urusan hubungan, sebelum J memberinya dadah dan memperkosanya. N yang bujang pula memperkosa isteri J antara 2007 dan 2008.

Seramai tujuh orang lelaki terlibat dalam siri kes ini iaitu J, K, L, M, N, O dan P. Perbicaraan kes terhadap J dan O masih belum selesai. – Agensi



Join our Telegram Channel
Telegram