KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan tertinggi MIC termasuk Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran tidak kelihatan hadir pada majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) malam ini.
Turut tidak kelihatan ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang dinamakan sebelum ini sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Tapah.
Situasi itu mengundang persoalan sama ada parti komponen BN itu memboikot majlis berkenaan termasuk kemungkinan tidak bersetuju dengan senarai calon yang sudah diputuskan BN, khususnya membabitkan calon mereka.
Petang tadi, portal berita melaporkan memetik Vigneswaran yang menyatakan kepimpinan MIC akan memanggil mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat (CWC) pagi esok, untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU akan datang.
Laporan itu menyebut, beberapa sumber parti turut mengesahkan bahawa mereka akan menghadiri mesyuarat itu pada jam 10 pagi di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, tetapi tidak pasti apa yang berlaku. – Bharian
ARTIKEL BERKAITAN:
- [LIVE] Pengumuman calon Parlimen BN 2022
- #PRU15: Senarai penuh calon Barisan Nasional
- MIC 'boikot' majlis pengumuman calon BN
- MIC tarik diri #PRU15 bukan isu besar, kata pemimpin BN
- MIC u-turn, nak bertanding #PRU15 pulak
Join our Telegram Channel