Muhyiddin bangga digelar ‘Bapa PKP’ padahal hakikatnya gagal teruk seluruh dunia – Najib



Muhyiddin bangga dipanggil "Bapa PKP" atau Bapa Lockdown Negara".

Dia kata PKP telah selamatkan ramai nyawa dan kematian Covid Malaysia "cuma" 36,000 orang sahaja.

Entah kenapa dia bangga?

Jumlah kematian Covid perlu dilihat dengan jumlah saiz penduduk.

Data membuktikan jumlah kematian Covid berbanding saiz penduduk Malaysia adalah sangat tinggi - paling tinggi di ASEAN dan lagi tinggi berbanding Bangladesh dan India.

Kita tak lupa.


Malaysia adalah satu-satunya negara yang melaksanakan Darurat untuk gantung parlimen berbulan-bulan lamanya.

Malaysia adalah antara negara dalam dunia dengan tempoh PKP/lockdown paling lama - dua tahun berturut-turut kita tak dibenarkan pulang untuk Raya puasa dan Raya Haji.

Kita tak lupa dengan strategi PKP separuh masak di mana kilang-kilang dan tapak pembinaan yang merupakan punca terbesar penularan Covid dibenarkan beroperasi pada ketika Rakyat biasa dikurung dan dinafikan hak mencari makan.

Langsung tak masuk akal dan langsung tak adil pada Rakyat biasa. Dan kaedah separuh masak ini lah yang menyebabkan Covid sukar dikawal bagi tempoh yang lama sehingga kematian dan kes baharu kita terus meningkat.


Sehingga ramai Rakyat angkat bendera putih dan ramai juga yang bunuh diri.

Kita tak lupa peti simpan mayat pun tak cukup dan Rakyat diminta derma untuk tambah kontainer simpan mayat.

Kita tak lupa keadaan di mana Rakyat yang positif Covid perlu beratur hampir 6 jam di bawah matahari terik untuk mendapatkan saringan.

Malah untuk beberapa bulan lamanya, Malaysia merekodkan kadar kes baharu dan kadar kematian baharu setiap hari antara paling tinggi dalam dunia.

"Malaysia’s daily new Covid cases per million people is now one of the highest globally". 

Kegagalan kerajaan begitu teruk sehingga Majlis Raja-raja Melayu terpaksa bertitah bersama agar Darurat tidak disambung dan pendekatan lawan Covid perlu ditukar.


Sehingga YDPA ulangkan "amat duka cita" dua kali terhadap kerajaan Muhyiddin.

"Darurat: “Amat dukacita”... Agong ulang 2 kali sebelum tegur Takiyuddin dan kerajaan"

Pasaran saham Malaysia pula jatuh ke paling corot dalam Asia Pasifik pada tempoh tersebut.

Jadi, apa yang dibanggakan Muhyiddin dengan kegagalan paling teruk dalam ASEAN, Asia Pasifik dan Dunia?

Kegagalan semua aspek - Covid, ekonomi dan kesejahteraan Rakyat.

– Najib Razak





Join our Telegram Channel
Telegram