#PRU15: Alif Syukri, Datuk Vida sokong BN, Ismail Sabri



MENJELANG dua hari lagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini, ramai pihak terus menunjukkan sokongan kepada parti atau pemimpin pilihan masing-masing di media sosial.

Tidak ketinggalan dua nama hebat dalam arena usahawan iaitu Datuk Alif Syukri dan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida turut sama menyatakan sokongan buat PRU15 kali ini.

Selebriti media sosial itu masing-masing menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan memuat naik video di TikTok.


Sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN), Alif membuat aksi berkawad dan memberi tabik hormat disebelah poster Perdana Menteri.

“Hidup Tok Mail (Ismail Sabri),” kata Alif.

Vida pula memuat naik video menggunakan ‘filter’ yang tertulis “Siapa calon perdana menteri pilihan saya”.


Carian ‘filter’ itu terhenti pada gambar Ismail Sabri, dan usahawan kosmetik itu sambil menjerit dan bertepuk tangan dengan keputusan itu.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, Perlis dan Perak serta Bugaya di Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari mengundi. – Malaysiapost



 

Join our Telegram Channel
Telegram