#PRU15: 'Khairy patut berterima kasih pada saya' – Ahmad Zahid



Bagan Datuk: "Beliau patut berterima kasih pada saya sebab beri peluang bertanding di Sungai Buluh," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaludin.

Ahmad Zahid berkata, Menteri Kesihatan itu sepatutnya tiada tempat kerana Khairy adalah ahli BN Rembau dan Ketua Umno Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menjadi calon di situ.

Beliau berkata, Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan adalah calon yang lebih layak untuk bertanding di Rembau.


"Saya beri juga beliau bertanding di Sungai Buloh walaupun bukan tempat beliau.

"Maka beliau perlu bekerja keras untuk memenangi kerusi Sungai Buloh dan menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN," katanya ketika ditemui semasa program bersama komuniti Cina di Bagan Datuk, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berpendapat hasrat Khairy untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti bergantung pada diri beliau sendiri.


"Pertamanya, beliau mesti menguatkan parti, bukan melemahkan parti. Beliau mesti menang di Sungai Buloh. Beliau juga mesti diterima parti dan tidak menyanggah parti.

"Kita boleh berbeza pendapat. Tapi kalau tunjuk diri terbaik, terpandai, paling bijaksana. Itu ertinya perasan," katanya.

Terdahulu, Khairy mendakwa Ahmad Zahid mungkin tidak berpuas hati kerana beliau mempertikaikan keputusan Pengerusi BN itu berhubung pencalonannya bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). – Hmetro


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram