Ular panjang 4 kaki masuk mulut wanita sedang tidur, doktor tarik keluar dari kerongkong!



SEORANG wanita digemparkan dengan seekor ular sepanjang 4 kaki (1.2 meter) memasuki mulutnya.

Rakaman mengerikan menunjukkan ular itu dikeluarkan menerusi pembedahan dari kerongkong seorang wanita warga Rusia, menjadi tular di media sosial.

Ular sepanjang 1.2 meter itu memasuki mulut hingga ke kerongkong wanita berkenaan ketika dia sedang tidur.


Reptilia itu mula menyerang doktor yang menjalani pembedahan tersebut sejurus ia dikeluarkan dari kerongkong pesakit.

Bagaimanapun, doktor berkenaan sempat mengelak daripada serangan ular itu.

Ketika pembedahan dijalankan, wanita tersebut tidak sedarkan diri.

Setakat ini, video yang dikongsi menerusi laman Twitter @FascinateFlix meraih lebih 1.8 juta tontonan. – India.com





Join our Telegram Channel
Telegram