Wan Fayhsal mohon maaf kata penyokong PAS bodoh



PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tampil memohon maaf atas satu catatan lama berkaitan kritikannya terhadap PAS yang dimuatnaik dalam Twitter.

“Saya ingin meminta maaf kepada semua ahli PAS kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.

“Saya amat kesali perkara ini, dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan,” katanya di Facebook.


Tambahnya, beliau akan terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan PAS untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia, menurut tuntutan Islam.

“PAS sebagai wadah perjuangan Islam dalam PN telah membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amal makruf, nahi munkar,” katanya. – FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL 



Join our Telegram Channel
Telegram