Anwar mahu budaya pemberian cenderahati kepadanya dihentikan



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada beliau.

Bahkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu budaya memberi cenderahati itu mesti dihentikan.

“Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya.
dalam hantaran di Facebook.





Join our Telegram Channel
Telegram