Najib: Tak masuk akal rakyat perlu bayar tarif elektrik lebih tinggi berbanding kilang ekport besar yang dimiliki pelabur asing



Anwar berkata Tenaga Nasional Berhad mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10% dari angka itu – iaitu satu juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat – menikmati lebih dari 50% subsidi elektrik, mahu alat laksana subsidi bersasar dibangun.

Ketika kerajaan lalu mengumumkan subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion pada bulan Jun 2022, Najib dah nampak dan naikkan perkara ini.

Tapi Menteri Tenaga dan PM Ismail tak nampak benda-benda obvious macam ini.

Pada ketika itu, Najib tulis:

"Tapi saya perhatikan bahawa tarif elektrik domestik bagi isi rumah dengan penggunaan yang banyak boleh menjadi lebih tinggi berbanding tarif industri bagi kilang-kilang."
Bukan kecil bezanya.


Tarif domestik boleh sampai 57.10 sen/kWh manakala tarif bagi kilang ialah antara 20.20 sen/kWh hingga 44.10 sen/kWh.

Ini bermaksud kerajaan sedang memberi subsidi yang tinggi kepada pemilik kilang-kilang eksport termasuk yang dimiliki orang asing.

Secara tidak langsung, pengguna asing yang dibekalkan kilang-kilang eksport turut mendapat subsidi kerajaan Malaysia.

Sebab itu, saya cadangkan satu surcaj elektrik yang munasabah dikenakan ke atas kilang-kilang eksport pada tier penggunaan yang paling tinggi.

Surcaj ini adil sebab ke mana negara mereka pergi pun, kos elektrik sudah naik sangat tinggi.

Selepas surcaj yang munasabah ini pun, harga elektrik bagi kilang di sini dijangka masih lebih rendah berbanding negara asing agar daya penarikan pelaburan asing ke Malaysia tidak terjejas.


Lagipun, ianya tak masuk akal bahawa pengguna elektrik domestik Rakyat Malaysia perlu membayar tarif lebih tinggi berbanding kilang ekport besar yang dimiliki pelabur asing.

Hasil dari surcaj ini mampu dialihkan untuk menjimat beban subsidi kerajaan secara terus ataupun diberi semula sebagai bantuan kepada Rakyat.

Bagaimanapun, kilang-kilang eksport ini boleh memohon untuk dikecualikan surcaj tersebut dengan syarat sekurang-kurangnya 30% daripada pengeluaran mereka dibekal kepada pasaran tempatan terutamanya jika bekalan mereka mempunyai impak ke atas kos barang-barang bagi pasaran tempatan.

Langkah ini juga boleh memastikan permintaan pasaran tempatan dapat dipenuhi dan kita tidak mengalami masalah kekurangan bekalan."

Posting Najib pada 26 Jun 2022:

– Najib Razak





Join our Telegram Channel
Telegram