Pegawai khas TPM, Ramesh Rao meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri.

Dipercayai pemimpin itu mengalami serangan jantung, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan penyakit yang dihidapi pemimpin itu.


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu sebelum ini dilantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi diberi tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), mendiang pernah bergiat dalam politik bersama DAP.

Mendiang amat dikenali kerana aktif memperjuang kebajikan masyarakat di negara ini terutamanya kaum India. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram