Rogol adik, lelaki dipenjara 10 tahun, 10 sebatan



Kuala Terengganu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang buruh yang merogol adiknya.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 19 tahun mengaku salah terhadap dua pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus antara jam 2 hingga 3 petang pada Mei 2022.


Tertuduh didakwa mengulangi kesalahan sama di alamat sama jam 3.30 petang pada 5 November 2022.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebat, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun bagi pertuduhan pertama manakala hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua.


Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh tangkap iaitu 9 Disember 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram