Rogol: Pasangan suami isteri ditahan jadi ‘broker’ seks remaja bawah umur



Pasangan suami isteri berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa secara bersama memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bagi tujuan eksploitasi seksual di Felda Purun, Bera tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Rizal Hamzah, 38, dan isteri, Intan Wahidah Mohd Nor, 47, turut didakwa secara berasingan dengan 13 pertuduhan lain berkaitan jenayah seksual terhadap mangsa sama di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Memetik Berita Harian, Rizal menghadapi tujuh pertuduhan, manakala Intan Wahidah dikenakan enam pertuduhan. Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.


Selain itu, Mohamad Rizal turut dituduh dengan tiga kesalahan lain kerana melakukan antunan seksual (sexual grooming), seks luar tabii, rogol dan amang seksual.

Intan Wahidah yang juga ibu kepada enam anak itu dihadapkan dengan tiga pertuduhan kerana melakukan antunan seksual bagi memudahkan perbuatan rogol oleh lelaki lain dan melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Pasangan suami isteri yang juga penganggur itu melakukan kesemua 15 pertuduhan berkenaan di sebuah rumah di Felda Purun di Bera antara April dan September tahun lalu.


Di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, pasangan itu berdepan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan sebat.

Di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana hubungan seks luar tabii, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau rotan manakala kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Afidatul Azwa Kamarul Anuar dan Faizah Khalilah Zaberi.

Peguam Aida Rahayu Abd Rahman mewakili pasangan itu dan Kamaruzaman manakala Mazura Ismail mewakili Ahmad Rudzuan, Ismail dan Hafis.


Keempat-empat lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun dan September tahun lalu di sebuah rumah di Felda Purun di Bera.

Jamaludin menetapkan Ismail dan Abdul Hafis diikat jamin RM10,000 manakala Ahmad Rudzuan dan Kamaruzaman masing-masing perlu membayar RM15,000 dan RM6,000.

Beliau memberi amaran kepada semua tertuduh supaya menjauhi mangsa dan menetapkan 1 Mac untuk sebutan semula. – Bharian


ARTIKEL BERKAITAN:





Join our Telegram Channel
Telegram