Rohingya semakin berani, pau duit parking sampai RM20



ISU melibatkan pelarian Rohingya di negara ini nampaknya belum menemui titik akhir.

Saban hari ada sahaja masalah yang ditimbulkan oleh golongan ini sehingga membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat tempatan.

Menerusi satu video pendek yang tular, dapat dilihat gelagat golongan ini yang berlagak samseng mengutip wang parkir daripada rakyat tempatan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

"Rohingya berani ambil duit parkir dekat Kuala Lumpur. Dah bagi paha, nak betis pula!" tulisnya pada video tersebut.


Bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti identiti pemilik video yang merakam kejadian berkenaan.

Dalam pada itu individu berkenaan turut memberitahu bahawa caj yang dikenakan agak mahal iaitu RM20 bagi sebuah kereta yang diparkir.

Dia turut mengaitkannya dengan gaji rakyat Malaysia, yang mana kadar itu dianggap tidak masuk akal.

"Lokasi adalah di Petaling Street. Minta duit parkir sampai RM20 untuk sebuah kereta.

"Kita orang Malaysia pun gaji berapa sehari nak diikutkan? Memang lebih (melampau)," katanya.


Sehingga kini, video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih 45,000 jumlah tontonan.

Rata-rata netizen meminta pihak berwajib untuk mengambil tindakan pantas supaya golongan ini tidak besar kepala dan meminggirkan undang-undang negara.

"Perancangan dah bagus, cuma pelaksanaannya sahaja yang masih kabur. Tidak menyeluruh ke semua negeri dan daerah. Pening.

"Ibu negara pun mereka dah tawan. Nanti sikit-sikit satu Malaysia. Kesian pun bertempatlah kawan.


"Ini tidak boleh dibiarkan. Perlu ambil tindakan segera. Melampau dah.

"Macam mana boleh jadi 'abang kawasan' ni? Orang kita takut dengan mereka ke apa?" antara komen netizen.

Memetik laporan Berita Harian, Rohingya merupakan kelompok minoriti islam di Myanmar dan disenaraikan sebagai etnik yang paling ditindas di dunia oleh Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sehingga kini kira-kira 1.1 juta orang Rohingya Islam tinggal di seluruh Asia Tenggara dan bertutur Ruaingga, dialek yang jauh berbeza dengan yang digunakan di negeri Arakan atau kini dikenali sebagai Rakhine dan seluruh Myanmar. – Mstar





Join our Telegram Channel
Telegram