Muhyiddin bebas dengan jaminan RM2 juta



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM2 juta selepas mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.

Hakim Azura Alwi menetapkan demikian selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.


Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan lapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang berdekatan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Mei ini. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram